Friday, January 1, 2010

XPDC Herba












Hampir setiap hari , pergi dengan ayah(bapa mentua) jenguk2 kebun pisang, kebetulan kebun ayah dekat dengan hutan simpan Ulu Sat, kebetulan pada hari khamis (24hb Dis) , tergerak hati nak panjat bukit, kebetulan juga biras (zali) pun ikut sama, nak kata tinggi tak juga tapi masa panjat tu lutut cecah ke dagu laa jugak.
Banyak herba2 yang biasa kita dengari dijumpai di sana. Antara herba2 yg dijumpai ialah Tongkat Ali (eurycoma longifolia jack) ,Tongkat Ali Hitam (polyalthia bullata) , Tongkat Haji Samat (prismatomeris tetrandra) dan Ginseng Gunung (anon).
Setelah penat mendaki , pergi la pulak bergambar dekat jeram berdekatan dengan kebun ayah, pergh, Hanya Tuhan saja yang tahu betapa indahnya ciptaanNya.....Tempat ni memang berpotensi dijadikan kawasan rekreasi.

2 comments:

kung fu fanchai said...

cantik air terjun dan gambar pokok besar...awk pakai lens 70-300 tu ke?

Cikgu Fahmi said...

Tak, pakai kit lens jer...masa amik air terjun tgh kumpul duit nak beli lens tammy (70-300),
yg ni setting shutter speed jer...

Post a Comment